MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

Wednesday, 17 April 2013

Rindu Yang Tak Tertanggung :'(

Arini 17/04/2013 genap 9 hari bonda xjmpe ank2 bonda. Anak2 bonda ape khabar? Sihat x? Bonda rinduu sgt. Kakak dan adik balik la. Kenape tgglkn bonda? Kakak ngan adik xsayang bonda lagi ke? Dah xrindu bonda ke? Saban hari saban malam bonda menangis rindukn ank2 bonda. Ayah ckp kakak dan adik dah xperlukan bonda lg. Dah xigt bonda. Kakak dan adik hnya sayang ayah je. Hnya suke ayah dukung kiri kanan. Menangis kalau ayh xdukung. Betul ke? Tapi kenape?? Ape salah bonda? Anak2 bonda da lupe ke? Bonda xpernah abaikn tgjwb bonda pada kakak n adik sebelum ni. Selama ni bonda yg jaga kakak ngan adik. Bonda yg mandikn, tukar pampers, suap mkn..bonda buat sumenya ikhlas kerana ksh syg yg xbrbelah bagi. Tanda kasih sejati seorang ibu. Bonda xprnah brkira dgn anak2 bonda. Tp knape anak2 bonda xigt bonda lg dah. Tak rindukn bonda. Tahu x..bonda mnderita sgt tanpa khadiran ank2 bonda disisi. Bonda rindu..knape mesti mereka kejam pd kita. knape msti bonda dipisahkn dr ank2 bonda sndri? bonda akn trlepas momen2 indah brsamamu nak. Anak2 bonda da bule brdiri sndri tnpa bantuan ke skrg? or gigi ank2 bonda da tumbuh blm? Bonda xkan jd org yg prtama lg utk saksikn sume tu. Bonda sedih..hak bonda sbg ibu dinafikn. Tak kesian kt bonda ke? Ank2 bonda kena jnji jgn lupekn bonda ye. Walau apepn jadi..bonda tetap ibu kalian. Walau mcm mne cara mereka pisahkn kita..hubungan darah ni xkan trputus.. Salam sayang penuh kerinduan ~Bonda~

posted from Bloggeroid

Why Me??

Why me?? Kenapa aku?? Kenapa aku yg dipilih untuk menerima ujian ini. Kenapa aku terpilih untuk semua ini.. untuk menghadapi dugaan ini. Ya Allah aku xkuat. Aku hampir rebah..Aku semakin lemah. Aku xmampu mnjalani jalan yg penuh berliku ini. Begitu berat skali ujianMu ini Ya Allah.. Bantulah aku untuk menempuh semua ini. Ya Allah Kau berikanlah aku petunjukMu. Tunjukkanlah aku jalan. Kau tenangkanlah hatiku. Berikan aku kesabaran..ketabahan..kekuatan..agar aku tidak terpesong dariMu. Hanya padaMu aku berserah dan memohon perlindungan. Aminn :'(

posted from Bloggeroid

Monday, 15 April 2013

Terapi jiwa

Org kata bila sedih kita xbule layankan sgt perasaan sedih tu..nanti lama2 bule jadi gile. Kata org jugak jgn duduk sorg2..nanti tkt len jadinye. Dlm keadaan mcm tu maybe kita akan buat benda2 yang xterjangkau di akal fikiran yg waras. Yelah kan..emosi pun xstabil. Sebab tu kita perlukan seseorang..kita perlukan teman untuk berbicara..perlukan pendengar untuk melepaskn ape yg trpendam dan meluahkn perasaan.

As for me..bile waktu2 mcmni. Sy perlu brseorangan. Sy xnk jmp siape2pn. Sy perlukn masa untuk bersendirian trlebih dulu. I need time untuk muhasabah diri. Untuk saya menangis sepuas2nye. Untuk saya tido dan berehat secukupnye.. Utk 3 hari sy mmg mcm org giler. xlalu mkn xleh wat pape..hnya mnangis mnangis mnangis..penat menangis tdo..bgn..menangis..tdo..bgn dan menangis lg..mata bengkak mcm kna sengat tebuan.

4 hari berkurung.. akhirnya sy kua dr sarang. Trlalu penat menangis. Sy realize knape sy perlu terus seksa diri. mnangis, meratap mcm org gila. Sy kna kuat..sy kna tabah..sy kna bangkit dr kegagalan..sy kna lawan kekecewaan sy..knape sy msti biarkn org len gmbira di atas kelukaan sy..knape sy msti biarkn dorg menang dgn melihat sy mnderita dan berduka..

So..sy brhnti mnangis. sy kua shopping.. blnja untuk dri sndr plk. Hadiah utk diri sndr hasil dr wang titik peluh sndr. 1st beli parfume Guess kt Alamanda Rm215..2nd beli jam Bonia kt warta RM500. OMG..bila fikir membazir je sbb bkn satu kperluan. Parfume britney spears ade lg..jam bonia skrg pn elok lg..tahla..sbb tu org stress xsepatutnya window shoping..tp apepn mmg terapi jiwa yg brkesan.







Terapi yg paling best skali. .1st time wat treatment rambut. Fuhh hlg sakit kpala..hehe. Nxt week nk pi spa wat treatment badan plk. Nk buat scrub, lulur, mandi susu n sauna. Penat2 bkerja xsalah memanjakan diri. Kalau bkn kita yg menghargai diri sndri..siapa lagi kan? Well.. "Kerana diriku begitu berharga" ~Loreal~

posted from Bloggeroid

Sunday, 14 April 2013

Swimming

24 Mac 2013 (Ahad) - My sister eijazaquanziqry@mamakerry@sweetmama ajak sy untuk pergi berenang di Maritim, Presint 5, Putrajaya. 1st time pergi..so memang best tempatnya. Sebab selain daripada bersih..yang penting pool dia bertutup. So, xde la kena panas, terik, berjemur and so on..xlegam la dibuatnye..Penting bagi orang yang takut hitam dan nak menjaga kecantikan kulit. huhu..

Pemandangan sekitar maritim..cantik kan.

Pusat Renang ni ade 3 sesi iaitu sesi pagi, tengahari dan petang. bayaran masuk RM5 seorang bagi dewasa. Tuk baby free..

Sesi pagi - 9.00 pagi hingga 11.45 pagi
Sesi Tengahari - 12.15 tgh hingga 3.30 petang
Sesi Petang - 4.00 petang hingga 7.00 malam

Kami sampai hari tu da lewat juga dalam kul 11.00am. So dpt mandi dlm 45 minit je xsampai pun sejam. memang xpuas la. The best thing..sy bawak sekali adik sara. Kakak Aisya xikut sbb kakak ade dengan ayah masa tu. Sori kakak..next time bonda bawak kakak sekali ye. Promise. Mesti happening kan. . Masa kakak umur 5bulan bonda pernah bwk swimming.. Bonda tau kakak pun mesti suke kalau dapat berenang sama2 dengan adik dan bonda mcm dulu..


Bukan men seronok lagi adik sara dapat berenang. Sy letakkan di kolam dewasa.. n lepaskan dia, dia xnangis adik sara sgt berani bule men sorg2 n kayuh2 kaki.  (but of course la pakai pelampung kan..klu x lemas kot anak sy tu..hehe) memang menurun perangai bonda dia  nampaknye. Pantang jumpe air..suke berenang. Da besar sket bonda masukkan kelas renang ye. biar pandai berenang mcm bonda. Tapi sian adik sara xpuas men air. Bila masa da tamat..nak dukung bawak dia naik kua dr pool dia marah. menjerit tanda protes..hihi..so cute. Adik sara suke dapat jumpe abang zaquan n abang ziqry dia. Bonda da tetapkan swimming akan jadi aktiviti wajib kita setiap minggu ok..so kakak dgn adik mesti cpt la blk ke pangkuan bonda mcm dulu. bonda rindu sgt2 kt anak-anak bonda ni. Bonda doakan semoga kakak+adik sihat. Bonda risau..bonda xtahu perkhabaran kalian berdua nak. Bonda sedih sgt2..bonda doa selalu kakak+adik jangan lupekan bonda ye.. Igt tau bonda sayang anak2 bonda. mmuaahhhh.. lots of love ~Bonda~



Note: Gambar2 dicilok dari mamakerry.blogspot.


Friday, 12 April 2013

Kehilangan

09 April 2013 - Satu kejadian yang tak mungkin bonda lupakan sepanjang hayat. Pertama kali kedua-dua anak bonda yang paling bonda sayang ni dilarikan di depan mata. Feel like i'm a useless mother sebab tidak berjaya mempertahankan anak sendiri. Kejamnye mereka..zalimnya mereka..langsung tidak menghormati perasaan bonda sebagai ibu kalian. Tergamak mereka memisahkan bonda dari anak-anak bonda sendiri. Anak-anak bonda masih kecil baru berusia 10 bulan..masih memerlukan perhatian dan kasih sayang ibu mereka. Yang paling bonda sedih dan kesalkan..sudahlah mereka larikan anak-anak bonda..tergamak pula cuba melanggar bonda di saat bonda menghalang kereta mereka dari cuba melarikan kamu. Di manakah belas ehsan mereka apabila melihat bonda menangis ketakutan dan kesedihan apabila kehilangan anak-anak bonda..

Sekarang ni bonda tak tahu di mana kalian berdua berada. Bonda ada pergi ke rumah mereka selepas kejadian tersebut, namun tiada sesiapa di rumah. Bonda xtahu di mana mereka sorokkan kamu. Bonda sedih sangat. Dah 3 mlm bonda tidur keseorangan. Tiada lagi gelak tawa dan tangisan kalian berdua yang bonda dengar. Bila pulang ke rumah..kosong. sunyi dan sepi..Bonda pandang kiri pandang kanan..depan dan belakang mencari bayangan kalian.

Bonda terlalu rindukan anak-anak bonda yang comel ni.lagi-lagi adik sara. sebab adik sara tak pernah tinggalkan bonda. Bonda tak pernah berpisah dengan adik sara. Kalau bonda pergi kursus sekalipun, bonda salu bwk adik sara sekali kan. Sebelum ni..masa kakak diambil..adik sara la yang temankan bonda. Penawar duka lara bonda. Melihat senyuman adik yang manis, dan telatah adik yang nakal cukup untuk membuat bonda turut sama tersenyum. bonda makan dengan adik sara, main dengan adik sara, tgk tv dengan adik sara n tido pun dengan adik sara. Dulu, walaupun kakak tiada, sekurang-kurangnya bonda masih ada adik sara untuk temankan bonda. Tapi sekarang..bonda kehilangan kedua-duanya sekali. Kejamnya mereka, merampas kamu berdua dengan cara yang kasar dan kotor.

Sekarang, tidur bonda hanya ditemani airmata. Setiap kali bonda teringatkan kakak dan adik..gambar2 kalian bonda tatapi dan peluk.. membayangkan seolah-olah kalian berada dalam pelukan bonda. Seperti biasa tidur bonda basah dengan airmata. Bonda terlalu rindukan kamu berdua nak. Pedihnya hati bonda untuk mengakui hakikat perpisahan. Sukarnya menerima hakikat bonda telah kehilangamu nak. Bonda tak tahu bagaimanan hari2 bonda selepas ni. Bonda takut bila berjauhan anak-anak bonda akan lupakan bonda. Anak-anak bonda lupe wajah bonda. Anak-anak bonda dah tak kenal bonda. Bonda sedih..bonda xdpt lihat perkembangan tumbesaran anak bonda.

Kini, apa yang mampu bonda lakukan hanyalah berdoa. Bonda doa bonda kuat untuk menghadapi dugaan ini. Bonda tabah, dan  sabar menerima ujian Allah. Bonda juga berdoa anak-anak bonda sihat sejahtera, dilindungi Allah dan sentiasa merindui bonda sepertimana bonda merindu kalian. Jaga dirimu baik-baik nak. Jangan lupekan bonda ye. Semoga keadilan berpihak pada bonda satu hari nanti. Aminn. Sabar ye sayang..Bonda akan usahakan agar kita kembali bersatu.

Gambar terakhir kakak & adik yang bonda ada
 
Salam Sayang dan Rindu dari Kejauhan
~Bonda~

Wednesday, 27 March 2013

Rindu :'(

Bonda melihat gambarmu..dan seperti selalu air mata bonda laju menitis. Bonda terlalu rindukan kamu nak. Mengapa mesti kamu dipisahkan dari bonda. Mengapa kamu perlu dirampas dari bonda? Tak tahukah mereka hati dan perasaan seorang ibu?..betapa bonda terlalu merindui dan menyayangimu. Anak yang bonda kandungkan selama 9 bulan.. dirampas dari bonda tanpa sempat bonda memeluk dan menciummu buat kali terakhir. Kejamnye mereka. Mereka berseronok atas kesedihan dan kerinduaan bonda. Mereka sewenangnya membawa kamu keluar tanpa izin bonda. Tanpa pengetahuan bonda..





 
BONDA RINDUKAN KAKAK.. Satu je harapan bonda..kakak jangan lupakan bonda. Bonda risau kakak da mula lupekan bonda. Bonda sedih tengok kakak hepi walaupun tanpa kehadiran bonda di sisi.. Bonda sedih..makin haribonda rasakan kakak makin jauh dari bonda..dan satu hari kakak terus lupakan bonda. Sungguh bonda xmampu bayangkan..

Sunday, 24 March 2013

Bila Rinduu..

Bila rindu.. hati ini dlm kesepian
Bila rindu.. hati ini dlm kesunyian
Bila rindu.. hati ini dlm kesedihan
Bila rindu.. gmbr-gmbrmu ditatap
Bila rindu.. detik brsamamu dikenang
Bila rindu.. bayanganmu kupeluk
Bila rindu.. air mata ini mgalir
Bila rindu.. ape daya mampu kubuat??..

BONDA RINDU KAKAK..:'( Hati bonda sedih,pedih, pilu. Bonda terlalu rindukn kakak..buah hati kesayangan bonda. Mane kamu nak..pulanglah segera. Mata bonda da bengkak. byk mnangis trlalu rindukn kakak.




posted from Bloggeroid

Tuesday, 19 March 2013

Aduss..Mahalnyee

Assalamualaikum

Entry hari ni berkisarkan perbelanjaan anak.. Isnin baru ni 18 Mac 2013 saya apply cuti rehat sebab petang tu ade hal di Kajang. So pagi tu, bangun awal mcm biasa siapkan anak-anak dan hantar anak ke nursery. Selalunya, saya akan hantar my wiwin siap da mandi sebab my wiwin pagi2 akan bangun dan mesti popo..alang-alang tu terus mandi kan sekali bagi comey bagi wangi sket sblm hantar ke nursery.

Lepas hantar wiwin ke nursery, saya singgah pekena roti canai kat Presint 9 berdekatan dengan Kompleks Kejiranan Presint 9 dan dekat dengan nursery wiwin. Heaven giler dpt pekena roti canai n teh tarik..cam lama sgt je xmkn kan. Giler kentang breakfast sorang2. Smnjak da jd mak orang ni xkisah pun nak mkn sorg2. Kalau dulu time zaman anak dara bkn men malu lg. Rasa mcm sume org pandang kita semacam dan mesti igt dorg ckp dlm hati.."kesian budak tu, mkn sorg2 je. xde kawan." Tp skrg ni xde hal la..dulu2 mgkin bajet cun kot. hahaha..adus perah santan tul. sekarang ni da out of shape pun. eh hellooo..takde sape nk ngorat awak pun la Puan Ummul oii..

After breakfast blk rmh jap rileks sbb awal lg. yg ni pn lg skali heaven giler dpt meluruskan urat2 yg da berbelit dan berselirat ni ..terbungkang depan tv. Serius ckp after da ade wiwin ni ssh nk dpt tgk tv. Agak-agak dalam kul 11 baru kua umah. Singgah di Manjaku Bangi. Saje cuci mata yela bkn time gaji or dapat bonus pun. Niat asal nak beli botol susu baru je tuk wiwin. tp terjebak terbeli benda-benda lain. Lama sgt xshopping barang baby. Sian wiwin asyik pakai baju sama. Baju pun da buruk, lusuh, n da sendat. 2 jam dok kt sana pilih2..akhirnya rembat jgk la beberapa helai baju tuk wiwin.. walaupun bkn tgh sale pun. Kebetulan ade masa terluang. Kalau tak susah dah nak soping moping ni..

So kesimpulannya ni la barang-barang yang saya beli..



Ade la baju 3 helai, seluar 2 helai, botol susu, susu, cool fever..

Sikit je kan..tp total keseluruhannya..mak oii. lebih RM600. Tapi demi anak kena la beli jgk. Kebajikan dan keperluan my wiwin adalah keutamaan saya sekarang.


Total RM626.80. Auww.. Mahalnyee kan.. Apalagi cucuk Credit Card jela..Buat hutang banyak2..huhu
Nilai harga duit kita skrg..terlalu kecil.dapat gaji cepat je habis. Gaji da 4ribu pun xcukup after ditolak perbelanjaan dan hutang-piutang. Setiap bulan belanja my wiwin susu saja 8-10 kotak. Susu saje bonda kena spent dekat RM800. Nursery RM300 sorang, 2 orang da RM600. Pampers dalam RM200-RM250. So bulan2 RM1600 da habis tuk anak je. Tu belum masuk barang-barang lain mcm baju, mainan, buku cerita dan sebagainya.. Pengsann dibuatnya.. Tapi untuk anak2..saya xpnh berkira. Saya sanggup berhabis dan brsusah payah. Biarlah saya susah sekarang..InsyAllah senang dikemudian. lagipun, saya percaya setiap anak membawa tuah dan rezki masing-masing. Syukur bln 4 ni saya da terima taraf berpencen. lepas ni dah tak potong EPF dan bule keluarkan caruman yang dah dipotong b4 dis. Rezeki wiwin.. n rezki bonda jugak..bule tukar langsir baru n tambah perabot. yahooo.. peace. ;)

Sunday, 10 March 2013

17 Februari 2013 – Adik Sara Masuk Wad

17 Februari 2013 - My mum perasan badan adik Sara naik bintik-bintik merah. Saya da mula naik risau. Adik Sara pun da seminggu demam on off on off masa di nursery lagi. Ari Jumaat 15/02/2013 tu xhantar ke nursery dan minta tolong my mum jaga. Entahlah,. sejak duduk di nursery my wiwin salu sgt demam, batuk dan selsema. Bukan ape tapi sbb selama duduk dengan my mum xpernah sakit..Maybe sebab my wiwin tak menyusu badan so antibdi dorg agak lemah. Rasa terkilan, ralat dan bersalah sgt tak dapat susukan mereka sehingga genap 2 tahun. Sebagai ibu saya sangat-sangat sedih dan bersalah tidak dapat tunaikan hak anak.

Hujung minggu tersebut saya terlibat dengan Kursus Penyediaan Bajet 2014 di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson selama 3 hari 2 mlm dari 15-17 Februari 2013. Disebabkan adik sara demam I decided to bring my wiwin along and booked a room for my mum n my sister to look after my wiwin while I attend the course. Lagipun saya risau tinggalkan my wiwin n takut rindukan dorang. Sepanjang di PD, adik Sara memang meragam je.. asyik merengek dan menangis.. Badan panas, batuk.. tak mau makan tak mau minum.tgk dalam mulut dia rupenya ade ulser wrna putih2 tu. My sister siap bawak gi Hospital PD sebab terlalu risau. Saya pun sepanjang kursus tak keruan rasa dan tak boleh focus. Doctor cume bg ubat je. Hari terakhir kursus muka n badan adik sara da start naik bintik merah-merah, saya buat keputusan bwk adik Hospital kerajaan. Yang terdekat Hospital Kajang. Sampai Hospital Kajang dalam jam 4.00 petang. Adik Sara punye la menangis xigt dunia tak boleh dipujuk..sampai saya pun menangis sekali sbb xtau nak watape.. Pesakit lain yang sama2 menunggu siap srh saya jmp doctor mntk diawalkan nombor giliran. Terharu saya atas keprihatinan rakyat Malaysia..nurse yang bertugas jgk sediakan tempat menunggu di bilik penyusuan untuk keselesaan saya dan baby. Terima kasih sgt2.

Tangan kena cucuk amik darah
Sara dan wan umminya
Akhirnya dalam jam 7.30 malam baru dapat jmpe doctor. Since demam lebih 3 hari so kena amik darah, sampel anak tekak n air kencing. Masa amik darah adik xnangis pun. gud girl sgt. Yang susah nk tunggu adik sara kencing sbb dia xmnm susu lagi. Tunggu punye tunggu akhirnya doctor decide xyah tunggu lg. Ujian darah dan sampel air liur da memadai. Lepas 1 jam baru leh tau result darah... Alhamdulillah –ve denggi. So doc suspek campak n kena tahan wad sbb adik xnak minum susu dan makan. Doc risau dehydrated n kena drip air.
Adik sara kena duduk katil yang hujung sekali sebab takut berjangkit dengan pesakit lain. Katil dia mcm dalam kandang n bonda pun terpaksa tido dlm kandang ni sepanjang masa teman adik sara. Kalau bonda bangun jap je pi toilet ke..wat susu ke mula la adik tercari2 bonda.. sepanjang di wad, doctor cume drip air je. Dua kali adik kena cucuk..mula2 kt tangan pastu kt kaki plk sebab adik aktif sgt suke tarik2 wayar. Dia rimas gaknye..
Hari pertama..tido je dia
Kena cucuk kat kaki pulak..kat tangan habis tercabut
Budak sakit yang aktif..suka main dan tarik-tarik wayar..bonda yang takut.
Hari ke-2
Keletihan..zZzZZZzz
Dengan bonda-bonda tido sekali dalam kandang ni. Adik Sara sepanjang masa nak berteman je.
Pada 19/02/2013 – sekali lagi doctor amik darah adik untuk second test sbb ujian campak menunujukkan –ve. Bukan campak rupenya tp sejenis virus infection yang dinamakan viral fever.. Saya pun pelik sbb aritu da kena cmpak xkan kena lg. Tp doctor ckp yang dulu tu pun bkn cmpk tp viral fever sama mcm kes ni..Cuma dalam result darah yang kedua doc ckp ade nmpk features Talasemia n tanya dlm fmly ade history Talasemia or tak. Setahu saya xde..tp nanti kena buat ujian darah lagi untuk pengesahan. Bulan 4 ni appointment adik. Bonda sempat curi2 amik gambar result blood test adik sara

Result blood test adik sara
Masa doctor bitau tu, berdebarnye hati Allah swt saje yg tahu. Hancur luluh hati dan risau teramat sgt. Bonda doakan adik sihat selalu dan ujian tu silap. Bonda xnak adik sakit sebab bonda sayang adik sara sgt2. Terlalu saying..infiniti. bonda doakan adik membesar normal mcm kanak-kanak lain. Amin..

Akhirnya after 4 days 3 nite adik sara da bule discaj dan bintik-bintik merah pun dah hlg. Lega sgt bila da discaj..kesan daripada itu, 2minggu bonda xhantar adik ke nursery. Wan umminya jaga sbb sume org pun risau sgt2. Sume org syg adik Sara tau. Jadi, adik sara kena sihat dan jgn sakit2 lagi ye. Bonda susah hati sgt bila adik Sara sakit tau.. itulah perasaan dan hati setiap ibu..terlalu mengasihi anaknya..luv u both..Aisya’Sara - Kakak Aisya n Adik Sara..

Friday, 1 March 2013

Kerinduan Seorang Ibu..

Dah 2 minggu bonda tak jmpe kakak. Bonda rinduu sgt kt ank bonda yang manja ni. Bonda rindu nk peluk cium kakak. Adik sara pn rindukan kakak. Untuk pengetahuan kakak, tiap2 hari bonda tgk gmbr kakak. Dan setiap kali bonda tgk gmbr kakak tanpa sedar mesti bonda menangis. Air mata bonda ni laju je trn bila teringatkn kakak.

Kakak ape khabar? Kakak sihat x? Bonda sedih xtau keadaan kakak. Tah kakak sihat tak..da mkn blm..da mndi blm..kakak cpt la dtg blk kepangkuan bonda mcm dulu. Kakak xrindu kt bonda ke? kakak skrg da pandai ape? Bonda rindu sgt nk tgk keletah kakak. nk dgr gelak ketawa kakak..dulu kita tdo sama2. kakak nk tdo suke kalau bonda pegang tangan..belai2 kakak tepuk2 kakak..

Kakak jgn lupekan bonda k..igt dan sematkn dlm hati yang bonda terlalu sygkn kakak dan adik. Kakak dan adik penawar hati bonda..harta bonda dunia akhirat..kekuatan bonda..dan semangat bonda. Kakak jga dri baik2 ye. Smga Allah melindungi kita dan mberi kesihatan yg baik pd wan ummi dan kakak.. luv u always. mmuahhh :'(













posted from Bloggeroid