MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

Thursday 15 August 2013

Meroyan Selepas Bersalin

Meroyan atau kemurungan selepas bersalin adalah satu masalah yang biasa. Meroyan kadangkala disalah anggap sebagai murung bayi. Jika anda menghidapi murung bayi, pada hari-hari pertama selepas melahirkan anda akan menjadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan.

Ini disebabkan perubahan hormon secara mendadak dalam badan ibu. Bagaimanapun dengan bantuan yang sesuai, ibu boleh berasa lebih sihat dalam beberapa hari. Namun, meroyan tidak seperti murung bayi, ia satu penyakit yang tidak boleh sembuh tanpa rawatan.

Tanda dan simptom meroyan berbeza bagi setiap ibu. Antaranya:

*perasaan putus asa

*bersalah

*amat letih

*muram

*sering menangis

*sunyi

*gelisah

Semua ibu merasakan satu atau lebih perasaan pada masa-masa tertentu. Tetapi, jika ibu merasa tidak berdaya dan perasaan tersebut tidak hilang walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan postpartum.

Biasanya perasaan tersebut wujud apabila bayi berusia antara empat hingga enam minggu tetapi adalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan. Sebelum itu ibu berasa gembira menjaga bayi baru lahir, kemudian perasaan kemurungan datang secara tiba-tiba.

Punca meroyan:
 
*Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu atau kemurungan semasa kehamilan.
 
*Suami kurang menyokong atau tidak mempunyai keluarga atau kawan-kawan yang tinggal berdekatan.
 
*Masalah kewangan, perumahan, kerja.
 
*Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
 
*Melahirkan bayi pramatang atau tidak sihat.

*Kesukaran untuk menyusu badan.
 
*Memori sedih yang diingat kembali seperti kematian salah seorang
 
~ Sumber : Credit to Pa&Ma ~

Friday 9 August 2013

Syawal Yang Hilang

Assalam..

Syawal adalah hari yang dinanti dan ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam selepas sebulan kita berpuasa..Kerana bulan Syawal merupakan kemuncak kegembiraan bagi umat Islam bagi meraikan hari kemenangan. Kemenangan kerana berjaya menahan lapar dan dahaga..malah godaan nafsu dan bisikan syaitan. Tapi bagi saya kehadiran Syawal tahun 2013 disambut dengan air mata, kesedihan dan kerinduan.. :'( Syawal yang mengundang episod duka dalam diari hidup bonda.

Malam raya saya terpaksa menerima hakikat, redha dan pasrah apabila terpaksa berpisah dari anak-anak. Malam tu, adik sara seolah-olah faham perasaan bondanya. Sepanjang malam adik sara peluk bonda dan memujuk bonda bila melihat bondanya menangis. Bonda terharu kerana anak bonda yang masih kecil boleh memahami bonda. Kasihan kamu nak. diperingkat usia sekecil ini telah melalui semua ini. Sedihnya hati bonda. Kenapa kakak + adik kena pergi. Jgnlah tinggalkn bonda lagi nak.

Tahun ni giliran anak-anak beraya di Kelantan bersama ayahnya. Mengikut perjanjian , waktu berhari raya hanya seminggu dan ibu juga dibenarkan beraya bersama anak walaupun ketika itu giliran ayah. Saya plan untuk membawa anak berjalan pada 16hb - 19hb Ogos nanti kerana masih dalam waktu cuti sekolah..namun diberitahu bahawa anak-anak hanya akan dipulangkan semula kepada saya pada 18hb. Katanya tiket flight tiada. Hancur luluh hati saya..saya telah plan kan yang terbaik untuk anak-anak saya namun tidak kesampaian. Kalau alasan masalah transport,tiket habis saya sanggup untuk datang ke Kelantan pada hari raya kelima untuk mengambil anak namun hak saya sebagai ibu sekali lagi dinafikan. Alasannya mahu ke Taiping. Bila ditanya berapa lama..jawapan yang diberi tak pasti dan xtau lagi.. Tahukah kamu hatiku menangis..hatiku terlalu berduka dengan perbuatanmu..sekejam ini kau perlakukan aku.. :'(

Pertama kali bonda beraya berseorangan. Bonda cuba menahan diri dari menangis tetapi gagal. bonda xkuat sayang. bonda rindu sgt. Pagi raya selepas bersalaman dan bermaafan bersama ummi, abah n adik beradik yang ada bonda minta diri pulang ke Putrajaya. Bonda tak sanggup turut serta beraya..kerana orang akan bertanya mana anak-anak bonda..Bonda xtau jawapan terbaik harus bonda beritahu..dan itu semua hanya mengundang kepiluan dan menambah kesedihan bonda.. Sesungguhnya berjauhan denganmu anak cukup buat bonda terseksa. Tak tertanggung rasa rindu dan sunyi di hati bonda. Mujur ada baju terakhir kakak+adik buat peneman bonda dikala rindu. Sebelum tido akan bonda cium baumu..terasa anak-anak bonda dekat dgn bonda. Bonda berdoa semoga ada sinar bahagia untuk kita satu hari kelak..

Mohon maaf kepada semua yang mengenali diri.. " Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin "
Bermaafan di pagi raya
Uda Akoi with Abg Zaquan
Menumpang Kasih Anak Buah
  
Di pagi raya brsama umi, kakak dan anak buah.

 
Famili Mak Long Iti Sekeluarga

Thursday 8 August 2013

First Solid Food Celebration

24 November 2012 genap usia 6 bulan my twins daughter Aisya’Sara. Sepanjang 6 bulan pertama my wiwin hanya minum susu sahaja..tanpa campuran makanan tambahan. Tapi kalau senyap2 ade yang suap makanan pada wiwin tu saya xtaulah kan.

Tapi ade ke ibu/mak/umi/mama/bonda di luar sana yang sambut 1st solid food ni ye? Hehe.. Tak kisahla..yang pasti saya teruja..anak saya dah bule makan makanan lain selain susu. Bondanye yang terlebih excited. Anak-anak biasa je mcm xde perasaan. Xsangka kejap je anak bonda da 6 bulan. Kebetulan dat day kakak sulung saya @ Mak Long Iti Aisya’Sara datang ke rumah ummi saya di Batu 10..so lagi meriah la sebab ade Abg Zaquan dan Adik Ziqry.


Saya da 6 bulan..bambam kan? saya bambam sebab kuat mnm susu. hihi..bonda ckp harini saya da bule mamam tau. cube teka mana satu kakak n mana satu adik..cepat2.. ;)


Abg Zaquan dan Adik Ziqry memang sayang wiwin. Lagi2 Abang Zaquan kalau ade wiwin xnak balik rumah sebab leka nak main dengan wiwin. Terserlah sikap ke'abang'an zaquan ni..Da mcm abg long je..sayangkan adik-adik. Tapi yang peliknye..Abang Zaquan ni dengan adik dia sendiri dia suke bergaduh. Sian Adik Ziqry salu kena buli dgn abngnye.. Tengoklah telatah dorang. Mesra je. Seronok sgt. One of hepi time.. :)


Ok..now tiba masa meraikan si kembar. Bonda siap beli kek tau untuk anak-anak bonda ni. Ayah je xde..ayah xdpt nak celebrate sama sebab katanya OT..xbule elak. xpela nak..lagipun bonda wat ni surprise.. Bonda harap satu masa nanti bila anak2 da besar..kakak+adik akan baca entry ni dan akan tersenyum melihat usaha bonda semata-mata hanya untuk gembirakan kamu nak..
   

Antara menu pada hari tu, Dominos pizza, KFC, Cekodok pisang( kesukaan Abg Zaquan dan Adik Ziqry), Bubur Durian, dan Kek.. Menu2 yang dinyatakan hanya untuk orang besar je ye. Untuk si kembar hanya Growel..sian,..meleleh air liur Aisya'Sara tengok sume makanan..hehe..
First time suap makanan..wiwin xsuke. dia rasa pelik. Setiap kali kita suap dia akan luahkan balik. Tengokla tu..siap berkerut muka. Bonda siap wat video rakam kamu makan. Da besar nanti bonda bg tengok je sayang..ini semua tanda kenangan kamu dgn bonda..Bonda harap bila anak-anak besar..anak-anak akan tau betapa bonda sayangkan kamu..

Dahh..thanks 4 reading. Till then..

P/s: Gambar dicilok dari mamakerry.blogspot.com. Tq. Sori malas tahap gaban nak edit n crop gambar. Cerita pun lebih kurang sama. Jgn mare haa.. ;)