MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

Thursday 30 May 2013

Love Quote


"If you are going to love me, love me deeply. If your going to break my heart, then break it all. If you're going to care, care for me completely. If you decide not to hold me, then just let me fall. If you are going to stay, then stay forever. And if you want to leave, then do it today. If you are going to change, then change for the better. And if you are going to talk, then please mean what you say"
 
~Credit to Author~

Sunday 5 May 2013

Pemberian Taraf Berpencen

Apa itu Pemberian Taraf Berpencen? Ok, bagi pegawai kerajaan mereka berpeluang untuk memilih skim pencen atau KWSP dan bagi yang memilih skim pencen selepas 3 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam, kita boleh mengeluarkan duit KWSP kita. Macam saya sendiri saya memilih skim pencen. Saya masuk dalam perkhidmatan awam pada 04 Januari 2010 dengan lantikan pertama sebagai Akauntan W41 dan disahkan jawatan setahun kemudian pada 04 Januari 2011. Selepas disahkan pelantikan dan jawatan, saya layak memohon pemberian taraf berpencen. Keputusan pemberian taraf berpencen saya bermula pada 02 April 2013.
 
Selepas 2 hb April saya terus uruskan untuk pengeluaran duit KWSP. Duk kira-kira berapa la saya dapat ni kan. Sebelum kerja gov saya pernah kerja di private sector as Executive Business Development di Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. Lebih kurang setahun lebih. Jadi caruman saya dah ada sebelum kerja dengan Gov lagi. Jumlah yang kita akan dapat adalah caruman syer pekerja sahaja bagi kerja di kerajaan (syer majikan kena pulang balik pada kerajaan) dan semua termasuk caruman majikan dan pekerja bagi pekerjaan di swasta.
 
Mujur saya pernah bekerja di private sector dulu sebelum masuk kerajaan. Alhamdulillah rezeki saya dan anak-anak. Jumlah keseluruhan saya dapat sebanyak RM31,244.93. Cepat sgt pihak EPF ni buat kerja. xsampai seminggu saya dah dapat duit saya. Daripada jumlah ini 2.5% perlu dizakatkan berjumlah RM781.00. Pesan ummi saya..dapat duit EPF nanti jangan lupe bayar zakat. Baru hidup berkat dan rezki bertambah murah. InsyaAllah.
 

Kiraan melalui laman web PPZ -Pusat Pungutan Zakat
 

Ape saya buat dengan duit EPF ni ye? Ermm.. mula2 saya bayar hutang ummi saya dulu sebanyak RM5 ribu. Yela,.dulu pinjam duit mak masa kereta kena pecah n handbag kena curi. Ummi yang banyak menolong saya ketika susah. Tiba masa saya balas balik kan.. Separuh dari duit ni saya simpan dalam tabung haji dan ASB. RM5 ribu saya guna beli perabot (set meja makan, coffe table, rak buku, TV 32", aircond, water heater & carpet). RM2 ribu saya spent utk diri sendiri..SHOPPING la kan..yuhuu best giler..hahaha. dan balance dari duit ni saya berhajat nak buat majlis akikah dan sambutan hari lahir yang ke setahun untuk anak kembar saya. Saya harap hasrat saya ni dapat saya tunaikan. Sementara ada duit dan yang penting, duit hasil titik peluh sendiri bukan duit hutang or pinjam. Syukur Ya Allah.. kerana Allah sentiasa murahkan rezeki saya.  Di saat-saat saya kesusahan atau kesempitan Allah akan bantu.
 
 
So, lepas ni tunggu N3 pasal sambutan birthday my luvly daughter plak ye. InsyaAllah. ;)

Wednesday 1 May 2013

Hak Penjagaan Kekal

30/04/2013 - Alhamdulillah.. Allah berpihak pada mereka yang benar dan teraniaya. Hak penjagaan anak kekal telah diberi kepada ibu dan hak lawatan kepada ayah 2 minggu sekali dalam sebulan. Sangat gembira dan bersyukur. Tak lama lagi anak-anak bonda akan pulang ke pangkuan bonda. Bonda xsabar nak peluk cium anak-anak bonda ni. Bonda terlalu rindu..sangat-sangat rindu. Tiada kata boleh digambarkan bagaimana kerinduan seorang ibu apabila dipisahkan dari anak-anaknya sendiri. Bonda berdoa suatu masa mereka akan sedar kesilapan mereka dan menerima pembalasan setimpal dengan perbuatan mereka. Biarlah Allah sahaja yang membalasnya.