MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

Thursday 31 January 2013

Lucky Draw Sijil Simpanan Premium

Pagi tadi kena attend meeting ganti pegawai yang bercuti. Meeting pasal KPI Kementerian. Lepas Part Bahagian Akaun selesai mula la boring nk tunggu meeting abis. Nak dengar bahagian2 dan jabatan2 len punye KPI.. banyak tu.. Bosan n mgantuk tahap gaban. So, amik hp men internet la. Saje2 bukak laman web myBSN. Check kt lucky draw SSP Result. Masuk kan i/c n submit. Then,..

Congratulations!

You are our 8th prize winner for January 2013.


Haha..excited giler nak tau hadiah tmpt ke 8 ape..mane la tau kot menang ipad ke, tab ke, DSLR ke.. kereta dah tentu out..mesti tuk 1st prize or 2nd je.. tup2 rupenya menang SSP bernilai RM150 je.. Ok la..Syukur Alhamdulillah.. dari xmenang langsung kan.

Wednesday 30 January 2013

Best Frenz Wedding

Congratulations to my besties fren Rozelinna Baharuddin @ Roze @ Ojell..

FYI, kitorg dah kawan since primary school lagi..masa tu darjah enam. Roze ni kalau nak tau seorang pengawas@mawas.. Hihi. Xsangka hubungan persahabatan ini masih berkekalan sehingga sekarang. Masa sekolah rendah rasanye takde la rapat sgt. Start betul2 rapat masa form 2.. Form 2A2. Geng kitorang ade 6 semuanya. Mimi, Gja, Roze, Shazilla, Qamariah n Me. Sampaikan dak2 boys gelarkan kami grup 6 jahanam.. Eiii jahat kan..

Flashback.. Dulu kemana-mana selalu bersama macam belangkas. My partner is Mimi, Roze dgn Gja, n Shazilla dgn Qamariah. Rindu saat-saat itu. Skrg ni sume dah besar panjang dan bawa haluan hidup masing. Ade yang da kawen, ade anak n yang masih single pun ade. As for me..rasa hubungan tu dah xserapat dulu. Cuma antara kami berenam..masih saling contact dengan Gja dan Roze. The others 3 senyap n suam-suam kuku.. sumtime ade la tgur2 di fb..

Ari jumaat lepas 25/01/2013 sahla sahabatku menjadi tunangan dan isteri orang. Lepas maghrib bertunang lepas isyak majlis akad nikah. Sori roze xdpt hadir mlm jumaat tu..sedih n terkilan xde masa majlis tunang dan akad nikah tu.

Selepas majlis pertunangan

Keesokannya 26/01/2013 (Sabtu) majlis sanding.. Inspektor bertemu Inspektor.. kawen bwh pedang la kan.. bertuah badan. So ni jela antara gambar-gambar yang ade. Bawak sorang je baby.. bawak adik Sara. Sian kakak Aisya kena tinggal. Sori ye syg.. Bonda sorang2 xbule nak handle dua sekaligus.

 Merasa la kawen bawah pedang kan.. untung jadi polis nih..hehe
 
Sword barrel

Bersama pasangan pengantin..suwett kan..


with my lovely daughter.. adik sara

Adik sara yang sgt behave.. xnangis pun sepanjang 3 jam duk umah pengantin.. gud girl..mmuahhh



Wednesday 23 January 2013

Cermin Kereta Dipecah :(

Sejak akhir-akhir ni aku kerap ditimpa musibah..satu-satu dugaan datang menimpa bertalu-talu. Sedihnye hanya Allah saje yang tahu. Rasa kering dah air mata ini menangis. Xcukup dengan masalah sedia ada sekarang. Sebelum ni.. kereta aku kemek ditendang oleh seorang manusia yang cetek akal. mntak ganti rugi sampai sekarang xbayar.. Pelik manusia mcmni. Sampainye hati dia. Sanggup buat aku mcmni. Suke dan gembira bila tgk aku susah agaknye. Tgklah sampai sekarang kesan tapak kaki manusia tu masih ada kat pintu kereta aku ni. saje xnak cuci sbb nak bagi kesedaran kepada hamba Allah tu bahawa perbuatannya itu salah dan tak matang.

Dan pada hari Isnin 21/01/2013 lebih kurang jam 7.00 malam kereta aku pulak dipecah penyamun. Dalam erti kata lain aku dirompak..huhu.. Petang isnin tu aku dapat panggilan dari ummi iaitu ibuku minta srh belikan susu anak. Kebetulan aritu aku cume anta seorang je anak ke taska iaitu si kakak. Adik xhantar tinggal dengan wan umminya sebab adik demam. So, lepas amik anak dari taska, otw balik aku trs singgah pergi care4 BTHO. Malas nak blk umh dulu tuk hantar anak n pastu nk kua balik semata-mata nk beli susu. Rasa cam buang masa lak. Sampai care4 cari tempat parking. Aku plak memang suka parking kt area bertutup. Aku parking berdepanan tempat car wash tp barisan belakang sekali. Disebabkan aku kena dukung anak..so cam leceh nak bawak handbag. Dengan sengalnye aku cume keluarkan duit untuk beli susu anak dan tinggalkan wallet serta handbag dlm kereta. Fikirkan sekejap je pun nak pergi..Sengal giler kan..Salah sendiri la mmg cari nahas..

Selesai beli susu anak, aku pun terus balik. Sampai kt kereta buka kunci kereta rasa pelik..eh kenape pintu xkunci ni. aku lupe kunci kereta ke tadi. tp xpela..xsyak ape2 lg. trs pergi buka pintu sebelah penumpang hadapan nak letak baby dlm car seat. Tengok2..eh apasal terbalik car seat ni. Ganasnye masa aku amik dukung baby tadi. lepas letak anak terus cari handbag nk simpan handphone..tiba2..ahh cuak. eh mana handbag aku ni..Cari2 xjumpe..Gelabah giler babun da ni..Pergi cek kt seat blakang plak.. Tgk2 ade serpihan cermin pecah..OMG cermin kereta aku kena pecah..terus menangis xingat dunia..huhuhu..sedih sgt2. :( byk giler barangan berharga kt dlm handbag tu. Untung betul pencuri tu..inilah keadaan keretaku..jahat kan org tu..sob sob sob

Lepas buat aduan di management care4..trs pi balai polis batu 9 cheras buat report. Malangnye tempat aku parking tu xde CCTV n tiada saksi yang nampak. So, selalunye kes2 mcmni memang xdpt ape la..burn gitu je..Kerugian aku:

1. Cash money sahaja RM2600 ( baru je kua kan duit untuk bayaran balance duit beli perabut)
2. 2 bentuk cincin ( satu cincin risik, satu cincin tunang)
3. Seutas gelang tangan ( Gelang batal air sembahyang)
4. Seutas gelang kaki ( Gelang kaki anak -beli guna duit kelahiran + duit raya 2012)

Anggaran dekat RM8K jugak lak rugi..huhu.sedih bangat nih. Barangan lain termasuk:

1. Kad Pengenalan
2. Lesen Memandu
3. Credit Card
4. ATM Card - CIMB, Maybank. BSN, Bank Rakyat
5. Kad Insurance BSN Prudential
6. Kad Rawatan Pesakit Luar ASP - aku dan anak-anak
7. Kad Nikah
8. Kunci rumah dan kunci bilik pejabat
9. Pen Drive
10. Gincu, Compact Powder dan Blusher ( Ni pun ade ok..perempuan la katakan)

Kesimpulannya, pengajaran tuk aku jugak. Lepas ni jgn simpan barang berharga dalam kereta walaupun kita sembunyikan dan kita rasa org len xtau or xnampak.. dan juga jgn simpan barang berharga setempat..kalau hilang habis hilang semua.. sedih kan. Yela.. handbag aku ni mcm poket doreamon. mcm2 ado..

Pikir +ve tuk pujuk hati sendri..mungkin ade hikmahnye. dah bukan rezeki aku. Mungkin Allah nak bagi rezki lagi besar lagi hebat dari ni. Allah nak beri ganti yang lebih baik atas ape yang hilang. Aku pun banyak dosa. Bak kata ummiku anggaplah segala dugaan dan ujian yang berlaku sebagai pencuci dosa. Sekian.

Mood till today : Sedih dan terkilan.

Monday 21 January 2013

Sedih, Kecewa & Terluka :(

" Hati yg terluka umpama besi bengkok.. walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya. Mulut senang berkata memaafkan..namun hati yang terluka, tidak semudah itu melupakan.."


"Ya Allah..bawalah jauh kesedihan ini dari terus bersarang dihati.. Aku buntu..Aku lemah..Tunjukkan aku jalanMu..Berikan aku kekuatan dan ketabahan menghadapi semua dugaan ini.. :'( Sesungguhnya hanya padaMu aku berserah. Kau ampunilah dosa2ku..berilah ketenangan pada diriku dalam menjalani hari2 yang mendatang."

Thursday 17 January 2013

Kenali Musibah Terbesar

~Credit to iluvislam.com~

Kita menangis kepenatan. Penat rupanya alam rumahtangga ni - ke sana ke mari menjaga kebajikan suami dan anak. Bekerja di luar penat. Bekerja di rumah juga penat.

Kita menangis berjauhan. Setelah halal dalam pernikahan, berjauhan pula. Kerana tuntutan kerja. Atau belajar.

Kita menangis tidak cukup wang. Terpaksa berhutang. Tidak mampu bergembira macam pasangan lain. Makan minum malah bercatu. Terpaksa duduk rumah saja tidak cukup duit untuk petrol.

Kita menangis kerana ujian mertua dan ipar duai yang menarik banyak privasi rumahtangga. Kita menangis tersepit antara keluarga sendiri dan keluarga pasangan.

Kita menangis kerana pasangan atau anak-anak diuji sakit kronik yang menuntut seribu satu pengorbanan.

Antara banyak-banyak ujian ini, jangan lupa berhati-hati dengan ujian keimanan.

Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila pasangan semakin jauh dari hubungan dengan tuhan. Solat diabaikan. Akhlak dengan Allah tidak dititikberatkan.


Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila islam hanya pada nama dan kad pengenalan. Bukan pada rutin dan tujuan hidup seharian. Sedangkan islam is a way of life.

Musibah terbesar sebuah perkahwinanan adalah apabila amalan-amalan syirik dan khurafat menjadi pilihan. Percaya pada tangkal untuk memujuk anak menangis, atau ramuan bomoh menundukkan suami.

Musibah terbesar sebuah perkahwinan adalah apabila pasangan tahu akan kewajipan menuruti Sunnah dan Quran, tapi terus selesa dalam kejahilan dan kelalaian. Solat dilalaikan, pergaulan tanpa batasan, tiada peruntukan masa dan kewangan untuk mencari ilmu agama, aurat didedahkan besar-besaran, tidak amanah dalam pekerjaan.

Musibah terbesar sebuah perkahwinan ialah apabila suami isteri fokus membeli rumah besar dan kereta besar namun rumah itu seperti kuburan kerana jauh dari tilawah dan tadabbur Al Quran.

Bila rumahtangga diberi ujian kesenangan, adakah rasa bersyukur? Adakah kesenangan menambah ketaatan?

Bila seorang isteri dan ibu kurang ilmu kurang iman, nescaya akan mencipta musibah yang besar untuk generasi mendatang. Menyiapkan pakaian dan makan minum anak-anak, mengambil menghantar anak ke alam persekolahan. Apakah pemberian kita untuk menyiapkan jiwa anak itu melalui kehidupan dengan bertuhan? Anak-anak amat bijak mengukur kehebatan dirinya dengan peperiksaan, adakah mereka tahu mengukur nilai diri menurut Al Quran?

Musibah besar jika anak-anak kita tidak tahu hubungannya dengan tuhan, tidak tahu apakah ertinya hakikat kehidupan. Solat ditinggalkan, ibu bapa dibiarkan.

Ada suami dan anak-anak yang baik, adakah makin kenal dan cinta pada Allah? Atau sekadar kenal kemahuan suami dan anak-anak? Atau sekadar mengingati tanggungjawab kepada suami dan anak tanpa mengetahui tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Sesungguhnya islam bukan sekadar adat kebiasaan. AL-Quran bukan sekadar menjadi pelengkap dulang hantaran. Bukan sekadar tersimpan tinggi di almari perhiasan.

Ayuh selamatkan diri dari musibah. Jalinkan hubungan dengan tuhan yang semakin ditinggalkan. Bina keutuhan diri dan famili dengan Al-Quran dan As Sunnah. Kenalkan diri kepada petunjuk Allah dan Rasul yang membawa kebahagiaan.

* Peringatan buat hati yang tidak hangat dengan iman... Hati sayakah itu.... :-(

- Artikel iluvislam.com - Nurul Adni Adnan

Monday 14 January 2013

Wiwin Demam Campak :(

Jumaat 10/01/2013 pukul 6.30 pm..masa jemput wiwin dari taska cikgu ckp baby naik ruam merah2. Cikgu tanya samaada wiwin ade allegik mknan ape2. Tak perasan pulak..rasanye slama ni mcm xde..bonda aisya'sara ckp mgkin ruam sbb panas. Yela wiwin dari kecik da biasa ber 'aircond'.

Msa jemput tu da rsa badan wiwin mcm panas sket tp tgk wiwin xmeragam so xde la bwk gi klinik. Cuma masa hari sabtu tgk ruam kt bdn wiwin makin merebak smpai ke kaki tangan dan muka. Hati da risau bwk gi klinik di cheras nama Klinik Kita..tp doktor yg rawat ckp ruam panas je sbb wiwin xdemam. Ikutkn xpuas hati gak dgn jawapan doktor tp da nma pn doktor msti lbh arif dgn kerja dorg..doctor cuma bg ubat sapu je. Gi klinik ditemani wan ummi n pakcu apit wiwin.




Ari isnin iaitu semalam bonda aisya'sara pn hantar la wiwin mcm biasa kt taska. Maklumkn pd cikgu da jmpe doktor n doctor ckp bkn cmpk. Bg cream mntak cikgu sapu kt bdn wiwin lps mandi. Tp ptg smlm msa jmpt wiwin blk cikgu mntk dptkn pngesahan doktor or surat rujukn mngatakn mmg bkn cmpk. Bonda Aisya'Sara tgk ruam wiwin mkn teruk. Xpuas hati trs bwk wiwin gi hospital kajang.

Smp hospital kajang, cek2 wiwin demam rupenya.. suhu bdn kakak 38.5°c. Patutla meragam je.





Sian kakak aka Aisya. adik dia sakit2 pn bkn men aktif lg..kalah org yg sihat. Jmpe doctor wiwin kna amik darah dan sampel tekak. Sedih sgt tgk wiwin menangis msa kna cucuk amik darah. meronta2 kna pgang. Doc suspek denggi..tp Alhamdulillah result darah bkn denggi. Lega..

Tapi bayangkn nk tggu result darah smp 2 jam. Dtg hspital kul 8.00mlm kul 11.00mlm br dpt jmp doktor. Lps amik darah n smpel anak tekak xsggp nk tggu Bonda Aisya'Sara wat kptsn blk rmh dulu n after 3 jam br dtg hspital blk. Blk rmh bg wiwin tdo dulu pastu jam 3.00 pagi dtg hospital. Doktor bitau result darah n pastu kna amik air kencing plk. Doctor letak beg plastik tuk kencing n nk kna tggu wiwin kencing. Kakak kencing dulu sbb da mnm susu kt umh n skrg kna tggu si adik plk kencing. Bg susu tuk adik mnn n dlm kul 5.00 pagi adik kencing. Yeay..hepi bonda bule blk.

Dlm 5.30pagi smp rmh. Trs mndi n smbg tdo. Mngntuk yg amat..xbule bgn rsanye. Kul 7.00am anta msg kt bos ckp msk lewat sket sbb ank sakit. Sib baik bos ok je..bis reply 'ok no problem.' Smbg tdo..n kul 9 siap2 pkai bju keje..singgah mnm pkena roti canai n teh ais pastu pecut ke ofis. Kul 10.00am smp ofis trs isi borang kbnaran kluar pjbt utk 2 jam.

Terima kasih sgt pada kakak n abg ipar Bonda Aisya'Sara aka mak ngah n pak ngah wiwin. Terima kasih sgt sbb tlg teman Bonda Aisya'Sara gi hospital. Klu xde dorg xtau la ape nk buat. Xmenang tgn dibuatnye klau nk urus sorg2. Untuk pngetahuan semua.. dorg blm ade ank lagi so dorg mmg syg sgt wiwin ni mcm ank sndri.

Skrg hati duk risau mcm mne la keadaan ank2 bonda ni. Smga cpt baik, cpt sembuh sprti sediakala. Xsbr nk tggu ptg nk blk jmp anak2. Risau dan sedih je bila ank2 sakit.. :( Get well soon my dear. Saaayangg anak2 bonda ni. mmmuuaaahhh3x ♥♡♥

posted from Bloggeroid

Friday 11 January 2013

Taska wiwin



Ni la taska wiwin..ari2 bonda akan antar dan jemput wiwin dr isnin-jumaat. 7.00 am -6.30 pm. lewat amik RM5 satu jam.

posted from Bloggeroid

Thursday 10 January 2013

WIWIN'S 1ST DAY SCHOOL

07/01/2013 - First day my daughter duk taska..at first hati risau takut wiwin xbule biasakan diri dan menangis sepanjang hari. Iyela..selama harini duduk ngan wan umi dan tok abahnye. Banyak yang manjakan wiwin. Bonda sampai amik cuti 2 hari untuk standby. Tapi Alhamdulillah cikgu ckp wiwin ok..mula-mula je nangis lama2 ok.mula-mula xnak makan. Setiap kali cikgu bagi makan wiwin akan sembur dan luahkan blk. Mungkin baru-baru lagi.Lepas 3 hari baru ok dan mula nak makan.

Masuk hari ni kira genap 5 hari wiwin duk taska. So far bonda puas hati dengan layanan cikgu2 kt taska Generasi ni yang mesra. Time nak hantar , cikgu akan keluar dan amik wiwin kat kereta. Time jemput pun sama..seronok tgk wiwin smart je dah siap mandi, wangi dan dah diberi makan. Rambut siap berminyak..sikat belah tepi dan muka putih melepak berbedak..hihi. Comey je. Dua2 pun good girl xmenangis pun.

Cuma satu je yang rugi bila anta taska ni.. bonda xbule nak salu call tanya khabar atau saje2 call juz nak dengar suara wiwin walaupun wiwin xpndai ckp lg. Dengar wiwin menangis pun dah happy..lagi satu dah xdpt nak amik gambar wiwin selalu or buat video. Xdpt nak tgk perubahan muka wiwin dari sehari ke sehari. Rasa minggu depan nak bagi cikgu kamera la..minta cikgu tangkap gambar wiwin hari2..agak-agak bule ke?? Mmm.. Rindu la kt wiwin. Cabaran ibu bekerjaya..dalam sehari berapa jam dapat bermain dan bersama dengan anak-anak kan. Rasa rugi xdpt tgk anak membesar sendiri depan mata. Tapi itulah hakikat hidup..kalau xkeje mana nak dpt duit. Xdpt duit mcmne nak teruskan hdp? Hope my daughter membesar dengan sihat..menjadi anak yang solehah, menyenangkan hati ibu bapa dan berjaya dunia akhirat. Aminn.

Wednesday 2 January 2013

01012012- Hepi New Year

Assalamualaikum semua..

hmmm dah masuk thn baru dah kan..its now tahun 2013. Adus cepatnye. U all semua buat ape ye cuti tahun baru. Bonda pada 1/1/2012 tu walaupun cuti tapi banyak urusan yang perlu dibereskan. Bz uruskan pendaftaran nursery anak. Tengokla..mcmane ramainye ibu bapa yang hadir untuk dengar taklimat dari pihak taska.

Untuk pengetahuan u all.. my wiwin ni manja sgt. Suke dipegang, dipeluk dan didukung. Si kakak anak buah kesayangan uncle hamzalynye.. n si adik plk cucu kesayangan tok abah.lagi satu wiwin ni penakut jgk orangnye. Orang yang dia xkenal xbiasa tgk nk pegang2 or dukung dia..dia akan menangis. Hope dorang xmeragam la hendaknye. Risau jgk hati bonda ni.


Ni la nama tempat nursery my wiwin..Generasiku Cemerlang..semoga anak-anak bonda pun menjadi insan yang cemerlang ok. Sayaanggg anak-anak bonda.. mmuahhh3x. Tp wiwin tak duduk di sini.wiwin akan ditempatkan di presint 9.. Jalan P9B/10 sama tempat dengan sepupu wiwin iaitu abg ziqry. Mesti seronok abg ziqry nanti tgk wiwin pun ade skali..hehe. Ikut perancangan bonda nak hantar wiwin bermula bulan 2. Tapi since pihak pengurusan ckp walaupun hantar bulan 2 tapi tetap kena bayar. so fikir2 blk rugi plak bayar saje..so start minggu depan 07/01/2012 wiwin akan mula duduk nursery.. at least dekat dgn bonda di putrajaya. Bonda apply cuti 2 hari tau untuk temankan wiwin.

Ok la..nanti bonda update mcm mane hari pertama wiwin di nursery..ok ke tak..meragam ke tak.. Till then.