MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

Wednesday 23 January 2013

Cermin Kereta Dipecah :(

Sejak akhir-akhir ni aku kerap ditimpa musibah..satu-satu dugaan datang menimpa bertalu-talu. Sedihnye hanya Allah saje yang tahu. Rasa kering dah air mata ini menangis. Xcukup dengan masalah sedia ada sekarang. Sebelum ni.. kereta aku kemek ditendang oleh seorang manusia yang cetek akal. mntak ganti rugi sampai sekarang xbayar.. Pelik manusia mcmni. Sampainye hati dia. Sanggup buat aku mcmni. Suke dan gembira bila tgk aku susah agaknye. Tgklah sampai sekarang kesan tapak kaki manusia tu masih ada kat pintu kereta aku ni. saje xnak cuci sbb nak bagi kesedaran kepada hamba Allah tu bahawa perbuatannya itu salah dan tak matang.

Dan pada hari Isnin 21/01/2013 lebih kurang jam 7.00 malam kereta aku pulak dipecah penyamun. Dalam erti kata lain aku dirompak..huhu.. Petang isnin tu aku dapat panggilan dari ummi iaitu ibuku minta srh belikan susu anak. Kebetulan aritu aku cume anta seorang je anak ke taska iaitu si kakak. Adik xhantar tinggal dengan wan umminya sebab adik demam. So, lepas amik anak dari taska, otw balik aku trs singgah pergi care4 BTHO. Malas nak blk umh dulu tuk hantar anak n pastu nk kua balik semata-mata nk beli susu. Rasa cam buang masa lak. Sampai care4 cari tempat parking. Aku plak memang suka parking kt area bertutup. Aku parking berdepanan tempat car wash tp barisan belakang sekali. Disebabkan aku kena dukung anak..so cam leceh nak bawak handbag. Dengan sengalnye aku cume keluarkan duit untuk beli susu anak dan tinggalkan wallet serta handbag dlm kereta. Fikirkan sekejap je pun nak pergi..Sengal giler kan..Salah sendiri la mmg cari nahas..

Selesai beli susu anak, aku pun terus balik. Sampai kt kereta buka kunci kereta rasa pelik..eh kenape pintu xkunci ni. aku lupe kunci kereta ke tadi. tp xpela..xsyak ape2 lg. trs pergi buka pintu sebelah penumpang hadapan nak letak baby dlm car seat. Tengok2..eh apasal terbalik car seat ni. Ganasnye masa aku amik dukung baby tadi. lepas letak anak terus cari handbag nk simpan handphone..tiba2..ahh cuak. eh mana handbag aku ni..Cari2 xjumpe..Gelabah giler babun da ni..Pergi cek kt seat blakang plak.. Tgk2 ade serpihan cermin pecah..OMG cermin kereta aku kena pecah..terus menangis xingat dunia..huhuhu..sedih sgt2. :( byk giler barangan berharga kt dlm handbag tu. Untung betul pencuri tu..inilah keadaan keretaku..jahat kan org tu..sob sob sob

Lepas buat aduan di management care4..trs pi balai polis batu 9 cheras buat report. Malangnye tempat aku parking tu xde CCTV n tiada saksi yang nampak. So, selalunye kes2 mcmni memang xdpt ape la..burn gitu je..Kerugian aku:

1. Cash money sahaja RM2600 ( baru je kua kan duit untuk bayaran balance duit beli perabut)
2. 2 bentuk cincin ( satu cincin risik, satu cincin tunang)
3. Seutas gelang tangan ( Gelang batal air sembahyang)
4. Seutas gelang kaki ( Gelang kaki anak -beli guna duit kelahiran + duit raya 2012)

Anggaran dekat RM8K jugak lak rugi..huhu.sedih bangat nih. Barangan lain termasuk:

1. Kad Pengenalan
2. Lesen Memandu
3. Credit Card
4. ATM Card - CIMB, Maybank. BSN, Bank Rakyat
5. Kad Insurance BSN Prudential
6. Kad Rawatan Pesakit Luar ASP - aku dan anak-anak
7. Kad Nikah
8. Kunci rumah dan kunci bilik pejabat
9. Pen Drive
10. Gincu, Compact Powder dan Blusher ( Ni pun ade ok..perempuan la katakan)

Kesimpulannya, pengajaran tuk aku jugak. Lepas ni jgn simpan barang berharga dalam kereta walaupun kita sembunyikan dan kita rasa org len xtau or xnampak.. dan juga jgn simpan barang berharga setempat..kalau hilang habis hilang semua.. sedih kan. Yela.. handbag aku ni mcm poket doreamon. mcm2 ado..

Pikir +ve tuk pujuk hati sendri..mungkin ade hikmahnye. dah bukan rezeki aku. Mungkin Allah nak bagi rezki lagi besar lagi hebat dari ni. Allah nak beri ganti yang lebih baik atas ape yang hilang. Aku pun banyak dosa. Bak kata ummiku anggaplah segala dugaan dan ujian yang berlaku sebagai pencuci dosa. Sekian.

Mood till today : Sedih dan terkilan.

1 comment: