MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

Sunday 30 December 2012

Good Bye 2012

Hye there..hari ni 31/12/2012. Hari terakhir bg tahun 2012. Mmm..pejam celik pejam celik setahun telah berlalu. Bagi bonda aisya'sara tahun 2012 banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit yang tidak mungkin dapat dilupakan. Kenangan termanis.. Alhamdulillah menjadi seorang ibu dan dikurniakan dua orang puteri yang sungguh comel. Rezeki Allah swt kurniakan, nak pertama terus dianugerahkan kembar..sesuatu yang sangat berharga dan tidak ternilai dengan wang ringgit buat diriku. Puteri2ku dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 24 Mei 2012. Kembarku yang pertama dilahirkan pada jam 10.55 pagi seberat 2.15 kg dan selang seminit kembar ke-2 dilahirkan pada jam 10.56 pagi seberat 2.01 kg. Tangisan pertama mereka adalah nyanyian yang paling merdu buat diriku. mengalir air mata saat diberi kesempatan melihat dan mencium puteri2ku..Bonda bahagia sangat nak..
Gambar puteri2ku hari pertama dilahirkan.. Itu bab yang paling manis..Kenangan pahit?? biarlah rahsia. Biarlah kusimpan seorang diri..Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa mereka yang telah menyakitiku.Biarlah Allah swt jua yang membalasNya..dan ketahuilah sesungguhnya doa orang2 yang teraniaya akan dimakbulkan. :'( Untuk Tahun 2013..daku ingin hidup dengan gembira..bahagia, berjaya dan melangkah penuh yakin ke hadapan. InsyaAllah.. Doakan daku ye sume.. Till then.. mmuahhh.. :)