MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

Thursday 12 March 2015

Gembira Tapi Sedih

Assalamualaikum..

Pernah tak rasa macamtu? Gembira tapi dalam masa yang sama sedih.

12.03.2015 (Khamis) : Harini menerima berita yang mengejutkan dan agak menggembirakan..menang kes ke atas Defendan dan mahkamah putuskan bayaran tertentu kepada Plaintif. Gembira kerana kebenaran dan keadilan akhirnya berpihak pada saya. Allah maha adil. Yang bersalah tetap bersalah dan lebih baik mengakui kesalahan dari cuba menegakkan benang yang basah. Lambat-laun akan memakan diri. Namun, jauh di sudut hati tetap berasa sedih dan kesal kerana pengakhirannya harus begini. Mungkin keadaan akan menjadi lebih baik sekiranya tanpa campur tangan pihak2 yang tidak sepatutnya. Campur tangan pihak2 yang hanya mengeruhkan lagi keadaan dan menambah lagi bara yang terpendam. Adalah lebih baik kami diberi ruang dan peluang berhadapan masalah dengan tenang dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Semoga yang berkenaan insaf dan mendapat pengajarannya. Janganlah kita berterusan menganiaya insan lain dan menafikan hak mereka yang berhak. Kita rampas hak seseorang..suatu hari Allah akan tarik hak kita pula.

Saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ya Allah..Kau kuatkanlah semangatku dan tabahkanlah hatiku. Semoga mendung semalam segera berlalu. Hadirlah dikau wahai Pelangi..

~Bonda Aisya'Sara~