MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

Friday 9 August 2013

Syawal Yang Hilang

Assalam..

Syawal adalah hari yang dinanti dan ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam selepas sebulan kita berpuasa..Kerana bulan Syawal merupakan kemuncak kegembiraan bagi umat Islam bagi meraikan hari kemenangan. Kemenangan kerana berjaya menahan lapar dan dahaga..malah godaan nafsu dan bisikan syaitan. Tapi bagi saya kehadiran Syawal tahun 2013 disambut dengan air mata, kesedihan dan kerinduan.. :'( Syawal yang mengundang episod duka dalam diari hidup bonda.

Malam raya saya terpaksa menerima hakikat, redha dan pasrah apabila terpaksa berpisah dari anak-anak. Malam tu, adik sara seolah-olah faham perasaan bondanya. Sepanjang malam adik sara peluk bonda dan memujuk bonda bila melihat bondanya menangis. Bonda terharu kerana anak bonda yang masih kecil boleh memahami bonda. Kasihan kamu nak. diperingkat usia sekecil ini telah melalui semua ini. Sedihnya hati bonda. Kenapa kakak + adik kena pergi. Jgnlah tinggalkn bonda lagi nak.

Tahun ni giliran anak-anak beraya di Kelantan bersama ayahnya. Mengikut perjanjian , waktu berhari raya hanya seminggu dan ibu juga dibenarkan beraya bersama anak walaupun ketika itu giliran ayah. Saya plan untuk membawa anak berjalan pada 16hb - 19hb Ogos nanti kerana masih dalam waktu cuti sekolah..namun diberitahu bahawa anak-anak hanya akan dipulangkan semula kepada saya pada 18hb. Katanya tiket flight tiada. Hancur luluh hati saya..saya telah plan kan yang terbaik untuk anak-anak saya namun tidak kesampaian. Kalau alasan masalah transport,tiket habis saya sanggup untuk datang ke Kelantan pada hari raya kelima untuk mengambil anak namun hak saya sebagai ibu sekali lagi dinafikan. Alasannya mahu ke Taiping. Bila ditanya berapa lama..jawapan yang diberi tak pasti dan xtau lagi.. Tahukah kamu hatiku menangis..hatiku terlalu berduka dengan perbuatanmu..sekejam ini kau perlakukan aku.. :'(

Pertama kali bonda beraya berseorangan. Bonda cuba menahan diri dari menangis tetapi gagal. bonda xkuat sayang. bonda rindu sgt. Pagi raya selepas bersalaman dan bermaafan bersama ummi, abah n adik beradik yang ada bonda minta diri pulang ke Putrajaya. Bonda tak sanggup turut serta beraya..kerana orang akan bertanya mana anak-anak bonda..Bonda xtau jawapan terbaik harus bonda beritahu..dan itu semua hanya mengundang kepiluan dan menambah kesedihan bonda.. Sesungguhnya berjauhan denganmu anak cukup buat bonda terseksa. Tak tertanggung rasa rindu dan sunyi di hati bonda. Mujur ada baju terakhir kakak+adik buat peneman bonda dikala rindu. Sebelum tido akan bonda cium baumu..terasa anak-anak bonda dekat dgn bonda. Bonda berdoa semoga ada sinar bahagia untuk kita satu hari kelak..

Mohon maaf kepada semua yang mengenali diri.. " Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin "
Bermaafan di pagi raya
Uda Akoi with Abg Zaquan
Menumpang Kasih Anak Buah
  
Di pagi raya brsama umi, kakak dan anak buah.

 
Famili Mak Long Iti Sekeluarga

No comments:

Post a Comment