MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

Friday 12 April 2013

Kehilangan

09 April 2013 - Satu kejadian yang tak mungkin bonda lupakan sepanjang hayat. Pertama kali kedua-dua anak bonda yang paling bonda sayang ni dilarikan di depan mata. Feel like i'm a useless mother sebab tidak berjaya mempertahankan anak sendiri. Kejamnye mereka..zalimnya mereka..langsung tidak menghormati perasaan bonda sebagai ibu kalian. Tergamak mereka memisahkan bonda dari anak-anak bonda sendiri. Anak-anak bonda masih kecil baru berusia 10 bulan..masih memerlukan perhatian dan kasih sayang ibu mereka. Yang paling bonda sedih dan kesalkan..sudahlah mereka larikan anak-anak bonda..tergamak pula cuba melanggar bonda di saat bonda menghalang kereta mereka dari cuba melarikan kamu. Di manakah belas ehsan mereka apabila melihat bonda menangis ketakutan dan kesedihan apabila kehilangan anak-anak bonda..

Sekarang ni bonda tak tahu di mana kalian berdua berada. Bonda ada pergi ke rumah mereka selepas kejadian tersebut, namun tiada sesiapa di rumah. Bonda xtahu di mana mereka sorokkan kamu. Bonda sedih sangat. Dah 3 mlm bonda tidur keseorangan. Tiada lagi gelak tawa dan tangisan kalian berdua yang bonda dengar. Bila pulang ke rumah..kosong. sunyi dan sepi..Bonda pandang kiri pandang kanan..depan dan belakang mencari bayangan kalian.

Bonda terlalu rindukan anak-anak bonda yang comel ni.lagi-lagi adik sara. sebab adik sara tak pernah tinggalkan bonda. Bonda tak pernah berpisah dengan adik sara. Kalau bonda pergi kursus sekalipun, bonda salu bwk adik sara sekali kan. Sebelum ni..masa kakak diambil..adik sara la yang temankan bonda. Penawar duka lara bonda. Melihat senyuman adik yang manis, dan telatah adik yang nakal cukup untuk membuat bonda turut sama tersenyum. bonda makan dengan adik sara, main dengan adik sara, tgk tv dengan adik sara n tido pun dengan adik sara. Dulu, walaupun kakak tiada, sekurang-kurangnya bonda masih ada adik sara untuk temankan bonda. Tapi sekarang..bonda kehilangan kedua-duanya sekali. Kejamnya mereka, merampas kamu berdua dengan cara yang kasar dan kotor.

Sekarang, tidur bonda hanya ditemani airmata. Setiap kali bonda teringatkan kakak dan adik..gambar2 kalian bonda tatapi dan peluk.. membayangkan seolah-olah kalian berada dalam pelukan bonda. Seperti biasa tidur bonda basah dengan airmata. Bonda terlalu rindukan kamu berdua nak. Pedihnya hati bonda untuk mengakui hakikat perpisahan. Sukarnya menerima hakikat bonda telah kehilangamu nak. Bonda tak tahu bagaimanan hari2 bonda selepas ni. Bonda takut bila berjauhan anak-anak bonda akan lupakan bonda. Anak-anak bonda lupe wajah bonda. Anak-anak bonda dah tak kenal bonda. Bonda sedih..bonda xdpt lihat perkembangan tumbesaran anak bonda.

Kini, apa yang mampu bonda lakukan hanyalah berdoa. Bonda doa bonda kuat untuk menghadapi dugaan ini. Bonda tabah, dan  sabar menerima ujian Allah. Bonda juga berdoa anak-anak bonda sihat sejahtera, dilindungi Allah dan sentiasa merindui bonda sepertimana bonda merindu kalian. Jaga dirimu baik-baik nak. Jangan lupekan bonda ye. Semoga keadilan berpihak pada bonda satu hari nanti. Aminn. Sabar ye sayang..Bonda akan usahakan agar kita kembali bersatu.

Gambar terakhir kakak & adik yang bonda ada
 
Salam Sayang dan Rindu dari Kejauhan
~Bonda~

1 comment:

  1. Sedihnye aku baca,
    aku faham perasaan kau saat ini,
    mmg sedih x terkata,
    byk2kan doa moga aisyah dan sara dikembalikan
    setiap yg berlaku ada hikmahnya,
    moga Allah membalas hukuman yg setimpal buat mereka yg cuba memisahkan kasih syg antara ibu dan anak.

    ReplyDelete