MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

Wednesday 24 April 2013

Hepi 11 Months Birthday Sayang..

24/04/2013 - Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke 11 bulan buat anak-anak bonda. Lagi sebulan je genap setahun umur anak-anak bonda. Cepatnye masa berlalu. Masih terbayang-bayang bonda mengandungkan kamu dan ditahan di wad atas alahan yang teruk. Dihujung kehamilan, bonda sekali lagi di warded atas masalah preaklampsia..iaitu masalah kaki bengkak dan kandungan protein yang tinggi dalam air kencing. Masih terngiang-ngiang lagi keputusan doktor bonda perlu dibedah awal demi keselamatan bonda. Doktor risau sekiranya lagi lama bonda membawa kandungan ini, mungkin akan menyebabkan buah pinggang bonda rosak..
 
Akhirnya pada 24/05/2012 iaitu genap 37 minggu usia kehamilan bonda dibedah dan dan lahirlah puteri-puteri bonda yang sungguh comel dan cerdik. Bonda rindu sangat saat-saat anak bonda masih dalam kandungan. Bonda boleh merasai detak jantungmu dan setiap pergerakanmu. Terasa kamu sungguh dekat dengan bonda. Kita bertiga menjadi satu. Satu perasaan yang sungguh indah. Saat itu, tiada siapa boleh memisahkan kita kecuali takdir Allah. Apa sahaja yang bonda makan akan menjadi makananmu.. apa yang bonda lihat akan menjadi pandanganmu..apa yang yang bonda dengar akan menjadi pendengaranmu.. dan apa sahaja yang bonda rasa..akan turut dirasai olehmu nak. Arghhh..Bahagianyee tika dan saat itu..
 
Kini anak-anak bonda sudah besar..bonda sentiasa doakan agar anak-anak bonda menjadi manusia yang berguna..berjasa pada orang tua..berbakti pada negara. taat pada agama dan dikurniakan kesihatan, kebijaksanaan dan kebahagiaan. Bonda terlalu sayangkan kalian nak. Kalianlah nyawa bonda, tiada galang gantinya. Kalian jua jantung hati bonda, Intan payung bonda, dan penguat semangat bonda menjalani hari-hari mendatang. Tanpa kehadiran kalian belum tentu bonda kuat seperti sekarang.. Sesungguhnya hanya doa yang mampu bonda titipkan..tanda kasih sayang bonda tak pernah lupekan kalian..

Salam Sayang ~ Bonda ~  

No comments:

Post a Comment