MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

Saturday 21 February 2015

Chicken Pox

Malam jumaat 24 Januari 2015 bonda perasan badan kakak start naik bintik merah kat bahu dan tangan. Kenapa ye. oh mungkin nyamuk kot. Kita letak mopiko jela kakak ye bagi surut merah tu. Keesokan hari tengok bintik merah makin naik kat badan ..leher, belakang telinga, perut, belakang badan.. ish tak boleh jadi ni. Risau pulak bonda. Jadi bonda whatsapp bos bitau akan lewat ke ofis sebab nak pergi klinik dulu. Tapi sebelum pi klinik singgah gak jap ofis dulu semata2 nak hantar emel ke MIA. Kat ofis, staff bonda n kawan2 ramai yang cakap chicken pox ni. Baik bawak gi Klinik. Gatal ni nanti.. huhu


Sampai Klinik Presint 9, Putrajaya, doctor sahkan memang kakak chicken pox dan perlu dikuarantin. terpaksa la EL bonda ari jumaat tu. Bila anak sakit ibu yang susah hati. Yela mana nak kerja mana nak jaga anak. Bonda mnggu depan tu pulak ada naziran. Akhirnya buat keputusan bonda cuti rehat seminggu untuk jaga kakak. Keja keja jgk..tp anak pun sama penting. Sian kakak. Well cabaran jaga kakak sakit chicken pox ni. Sebab aktif dia sama je mcm tak sakit. Makan pun selera, bertambah.


Ada kawan bagi petua, nak bg cepat keluar semua chicken pox dia bagi minum air kelapa. Bonda try la jgk bagi kakak minum, tapi kakak tak suka. Bawak klinik semula doc bagi ubat antivirus, ubat gatal dan ubat sapu calamine lotion.


Lagi petua, untuk kurangkan gatal, bagi anak tido atas daun semambu dan daun semambu tu sendiri bule direbus dan airnye dibuat mandi. Daun semambu tu pun bonda tak kenal. Tapi syukur. Staff bonda yang tolong amikkan dan hantar rumah. Bila tnya harga berapa..dia jawab..ishh xpe. daun ni petik je. ooo.. ok. terima kasih la. Terharu bonda. Kadang2 rasa sayu..org lain lebih prihatin dan lebih risaukan keadaan anak bonda dari org yang sepatutnya.. Anggaplah ini bahagian dan rezki anak2 bonda. InsyaAllah selagi bonda masih bernyawa bonda akan sentiasa cuba bahagiakan kalian.


Love ~ Bonda Aisya'Sara~

No comments:

Post a Comment