MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

MY BEAUTIFUL & ADORABLE PRINCESS - AISYA'SARA

Saturday, 28 September 2013

May's Birthday Celebration

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebenarnya dah lama nak update n3 ni..tp bizis bodys sangat..xsempat. Banyak perkara lain yang perlu diutamakan dan didahulukan.So akhirnya harini baru tertunai hajat nk update ni..Walaupun da basi.. sy update jugak untuk kenangan sy dan anak2..saya tak nak masa yang saya lalui dengan anak2 terbiar dan dilupakan begitu saje. Setiap masa setiap detik amat berharga dan terlalu manis untuk dikenang. Biar ianya menjadi memori indah dalam hidup saya.

Pada 19 May 2013 (Ahad) sambutan besday in advance 4 my twins daughter. Ini semua planning adik lelaki saya yang kedua..mastermind nye dia la..bkn ape kebetulan besday dia pun bulan Mei juga so dia yang beria2 nak sambut sekali..Excited lebih. So, kesimpulannya kitorang kumpulkan sume dlm family terdekat yang lahir bulan Mei sambil wat family gathering. Anak buah saya Adik Ziqry lahir 12 Mei, Adik lelaki saya si 'mastermind'nya 18 Mei and my luvly daughters pada 24 Mei. Kiranye wiwin sambut birthday in advance la.

Sambutan simple je tp happening.. Kami buat keputusan sambut di The Manhattan Fish Market, Alamanda Putrajaya. Budget kongsi adik-beradik. Si mastermindnye kedekut..dia yg excited ingatkan nk belanja sume orang tp rupenya mintak tongtong..sabor je la. Kebetulan ada promo The Manhattan Fish Market di Groupon tu..so xde la mahal sgt. Sib baik makan pun sedap. memang puas hati la. 1st time makan so next time bule la mkn lg. Berbaloi-baloi.

Perancangannya..sume orang berkumpul di rumah saya di Putrajaya. Seronok anak buah dapat berjumpa wiwin. Yela..lama sgt xjumpa. Tapi wiwin not in a good mood.. tengokla sedey je muka. Kitorg booking event kul 3.00 petang. Jadi, byk masa juga la melepak di rumah saya dulu. Lepas solat zuhur..kami terus bergerak ke Alamanda. Jarak dari rumah ke Alamanda dekat je..dlm 10 min sampai dah. Xde nak rushing pun. relax dan santai..

Muke sedey je adik sara..baru bangun tido..xde mood.

Kakak Aisya yang sporting..bergurau dengan Abang Zaquan
Alalalaa..nape dik..sedey je muka ni..Abg Ziqry tido..xleh men2 dgn Adik Sara

Da sampai, kita order dulu ye..actually da order seperti promo groupon tp saje tengok menu tambahan yang ade n order air..hehe

Sementara menunggu makanan sampai..kita potong kek dulu. Abang Zaquan yang lebih excited. Anak-anak bonda macam xde perasaan je.

Cake sponsored by my sista..EijaZaquanZiqry @ Sweetmama @ mamakerry.. TQ tahun depan leh la sponsor lagi.
Jom potong kek
Abang Zaquan yang over dari Adik Ziqry dan Aisya'Sara..hehe
Makanan da sampai..ini antara menu yang diorder..menggiurkan x? jom makan time. nyum nyum.. Alamak tiba2 rasa lapar plak ;)



Alhamdulillah, Majlis berjalan lancar dan anak2 bonda xbuat perangai. behave je dat day. Tapi bonda xkenyang sgt la..yela sibuk melayan anak.Klu sorang anak bule tahan lagi..tp ni twins. Xmenang tangan dibuatnya. Orang len makan..bonda kena suap anak2 dulu. Bonda siap2 da bawak bekal dari rumah. Bonda masak bubur tuk wiwin. Risau anak2 lapar. Selesai bagi makan anak.. bonda makan ape yang ditinggalkan je. Rasa-rasa jela. Xpela yang penting kena bagi anak kenyang dulu. lagipun anak2 yang ingin diraikan. Sebelum balik kami bergambar satu famili dulu..
Kesimpulannya..best dan next year kna wat lg mcmni.. the more the merrier..

Lepas selesai semuanya..potong kek sudah, makan sudah, bergambar sudah..kitorg round satu alamanda pulak. Bawak anak2 jenjalan. Happykan anak2.. walaupun anak2 masih kecil dan belum faham ape2, sebagai ibu..kita sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak2.. Bonda sayang anak2 bonda. Jangan tinggalkan bonda lagi ye sayang..Mmuaahhh..muahhh.. luv u both.

P/s: Gambar dan jalan cerita ehsan mamakerry blogspot..heheh.. sowii.. ;p

Hadiah Birthday Setahun

Terima kasih kepada sume yang bersusah payah belikan hadiah untuk anak-anak bonda. Speechless and really appreciated it. Tq wan ummi, tok abah, pakngah n makngah, ateh cu n pakcu apit. terima kasih kerana sudi berkongsi kasih sayang dengan wiwin dan sentiasa pastikan wiwin tidak pernah berasa terpinggir atau kesunyian. Bonda sangat terharu dan happy.. Semoga anak2 bonda berjaya dan bahagia dunia akhirat. Semoga menjadi anak yang solehah dan berjasa kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara.

Hadiah dari bonda???.. tungguu.. mestila ade dan special. Bonda xkan lupe ok sayang. Hanya buatmu my luvly daughters. Bonda luv both of u so much..mmuahhh..mmmuuuahhh..mmmuuuahhh.



Khemah hadiah Wan Ummi, motor hadiah Pakcu Apit, meja n kerusi hadiah Tok Abah, tikar abc hadiah Ateh Cu, tikar Upin Ipin hadiah pakngah n makngah. 

Terima kasih semuaa.. wiwin suke..bondaa lagii la sukee.. ;)

Thursday, 15 August 2013

Meroyan Selepas Bersalin

Meroyan atau kemurungan selepas bersalin adalah satu masalah yang biasa. Meroyan kadangkala disalah anggap sebagai murung bayi. Jika anda menghidapi murung bayi, pada hari-hari pertama selepas melahirkan anda akan menjadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan.

Ini disebabkan perubahan hormon secara mendadak dalam badan ibu. Bagaimanapun dengan bantuan yang sesuai, ibu boleh berasa lebih sihat dalam beberapa hari. Namun, meroyan tidak seperti murung bayi, ia satu penyakit yang tidak boleh sembuh tanpa rawatan.

Tanda dan simptom meroyan berbeza bagi setiap ibu. Antaranya:

*perasaan putus asa

*bersalah

*amat letih

*muram

*sering menangis

*sunyi

*gelisah

Semua ibu merasakan satu atau lebih perasaan pada masa-masa tertentu. Tetapi, jika ibu merasa tidak berdaya dan perasaan tersebut tidak hilang walaupun masa terus berlalu, anda mungkin menghidap meroyan atau kemurungan postpartum.

Biasanya perasaan tersebut wujud apabila bayi berusia antara empat hingga enam minggu tetapi adalanya ia bermula beberapa bulan selepas dia dilahirkan. Sebelum itu ibu berasa gembira menjaga bayi baru lahir, kemudian perasaan kemurungan datang secara tiba-tiba.

Punca meroyan:
 
*Kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu atau kemurungan semasa kehamilan.
 
*Suami kurang menyokong atau tidak mempunyai keluarga atau kawan-kawan yang tinggal berdekatan.
 
*Masalah kewangan, perumahan, kerja.
 
*Kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul selepas itu.
 
*Melahirkan bayi pramatang atau tidak sihat.

*Kesukaran untuk menyusu badan.
 
*Memori sedih yang diingat kembali seperti kematian salah seorang
 
~ Sumber : Credit to Pa&Ma ~

Friday, 9 August 2013

Syawal Yang Hilang

Assalam..

Syawal adalah hari yang dinanti dan ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam selepas sebulan kita berpuasa..Kerana bulan Syawal merupakan kemuncak kegembiraan bagi umat Islam bagi meraikan hari kemenangan. Kemenangan kerana berjaya menahan lapar dan dahaga..malah godaan nafsu dan bisikan syaitan. Tapi bagi saya kehadiran Syawal tahun 2013 disambut dengan air mata, kesedihan dan kerinduan.. :'( Syawal yang mengundang episod duka dalam diari hidup bonda.

Malam raya saya terpaksa menerima hakikat, redha dan pasrah apabila terpaksa berpisah dari anak-anak. Malam tu, adik sara seolah-olah faham perasaan bondanya. Sepanjang malam adik sara peluk bonda dan memujuk bonda bila melihat bondanya menangis. Bonda terharu kerana anak bonda yang masih kecil boleh memahami bonda. Kasihan kamu nak. diperingkat usia sekecil ini telah melalui semua ini. Sedihnya hati bonda. Kenapa kakak + adik kena pergi. Jgnlah tinggalkn bonda lagi nak.

Tahun ni giliran anak-anak beraya di Kelantan bersama ayahnya. Mengikut perjanjian , waktu berhari raya hanya seminggu dan ibu juga dibenarkan beraya bersama anak walaupun ketika itu giliran ayah. Saya plan untuk membawa anak berjalan pada 16hb - 19hb Ogos nanti kerana masih dalam waktu cuti sekolah..namun diberitahu bahawa anak-anak hanya akan dipulangkan semula kepada saya pada 18hb. Katanya tiket flight tiada. Hancur luluh hati saya..saya telah plan kan yang terbaik untuk anak-anak saya namun tidak kesampaian. Kalau alasan masalah transport,tiket habis saya sanggup untuk datang ke Kelantan pada hari raya kelima untuk mengambil anak namun hak saya sebagai ibu sekali lagi dinafikan. Alasannya mahu ke Taiping. Bila ditanya berapa lama..jawapan yang diberi tak pasti dan xtau lagi.. Tahukah kamu hatiku menangis..hatiku terlalu berduka dengan perbuatanmu..sekejam ini kau perlakukan aku.. :'(

Pertama kali bonda beraya berseorangan. Bonda cuba menahan diri dari menangis tetapi gagal. bonda xkuat sayang. bonda rindu sgt. Pagi raya selepas bersalaman dan bermaafan bersama ummi, abah n adik beradik yang ada bonda minta diri pulang ke Putrajaya. Bonda tak sanggup turut serta beraya..kerana orang akan bertanya mana anak-anak bonda..Bonda xtau jawapan terbaik harus bonda beritahu..dan itu semua hanya mengundang kepiluan dan menambah kesedihan bonda.. Sesungguhnya berjauhan denganmu anak cukup buat bonda terseksa. Tak tertanggung rasa rindu dan sunyi di hati bonda. Mujur ada baju terakhir kakak+adik buat peneman bonda dikala rindu. Sebelum tido akan bonda cium baumu..terasa anak-anak bonda dekat dgn bonda. Bonda berdoa semoga ada sinar bahagia untuk kita satu hari kelak..

Mohon maaf kepada semua yang mengenali diri.. " Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin "
Bermaafan di pagi raya
Uda Akoi with Abg Zaquan
Menumpang Kasih Anak Buah
  
Di pagi raya brsama umi, kakak dan anak buah.

 
Famili Mak Long Iti Sekeluarga

Thursday, 8 August 2013

First Solid Food Celebration

24 November 2012 genap usia 6 bulan my twins daughter Aisya’Sara. Sepanjang 6 bulan pertama my wiwin hanya minum susu sahaja..tanpa campuran makanan tambahan. Tapi kalau senyap2 ade yang suap makanan pada wiwin tu saya xtaulah kan.

Tapi ade ke ibu/mak/umi/mama/bonda di luar sana yang sambut 1st solid food ni ye? Hehe.. Tak kisahla..yang pasti saya teruja..anak saya dah bule makan makanan lain selain susu. Bondanye yang terlebih excited. Anak-anak biasa je mcm xde perasaan. Xsangka kejap je anak bonda da 6 bulan. Kebetulan dat day kakak sulung saya @ Mak Long Iti Aisya’Sara datang ke rumah ummi saya di Batu 10..so lagi meriah la sebab ade Abg Zaquan dan Adik Ziqry.


Saya da 6 bulan..bambam kan? saya bambam sebab kuat mnm susu. hihi..bonda ckp harini saya da bule mamam tau. cube teka mana satu kakak n mana satu adik..cepat2.. ;)


Abg Zaquan dan Adik Ziqry memang sayang wiwin. Lagi2 Abang Zaquan kalau ade wiwin xnak balik rumah sebab leka nak main dengan wiwin. Terserlah sikap ke'abang'an zaquan ni..Da mcm abg long je..sayangkan adik-adik. Tapi yang peliknye..Abang Zaquan ni dengan adik dia sendiri dia suke bergaduh. Sian Adik Ziqry salu kena buli dgn abngnye.. Tengoklah telatah dorang. Mesra je. Seronok sgt. One of hepi time.. :)


Ok..now tiba masa meraikan si kembar. Bonda siap beli kek tau untuk anak-anak bonda ni. Ayah je xde..ayah xdpt nak celebrate sama sebab katanya OT..xbule elak. xpela nak..lagipun bonda wat ni surprise.. Bonda harap satu masa nanti bila anak2 da besar..kakak+adik akan baca entry ni dan akan tersenyum melihat usaha bonda semata-mata hanya untuk gembirakan kamu nak..
   

Antara menu pada hari tu, Dominos pizza, KFC, Cekodok pisang( kesukaan Abg Zaquan dan Adik Ziqry), Bubur Durian, dan Kek.. Menu2 yang dinyatakan hanya untuk orang besar je ye. Untuk si kembar hanya Growel..sian,..meleleh air liur Aisya'Sara tengok sume makanan..hehe..
First time suap makanan..wiwin xsuke. dia rasa pelik. Setiap kali kita suap dia akan luahkan balik. Tengokla tu..siap berkerut muka. Bonda siap wat video rakam kamu makan. Da besar nanti bonda bg tengok je sayang..ini semua tanda kenangan kamu dgn bonda..Bonda harap bila anak-anak besar..anak-anak akan tau betapa bonda sayangkan kamu..

Dahh..thanks 4 reading. Till then..

P/s: Gambar dicilok dari mamakerry.blogspot.com. Tq. Sori malas tahap gaban nak edit n crop gambar. Cerita pun lebih kurang sama. Jgn mare haa.. ;)

Thursday, 30 May 2013

Love Quote


"If you are going to love me, love me deeply. If your going to break my heart, then break it all. If you're going to care, care for me completely. If you decide not to hold me, then just let me fall. If you are going to stay, then stay forever. And if you want to leave, then do it today. If you are going to change, then change for the better. And if you are going to talk, then please mean what you say"
 
~Credit to Author~

Sunday, 5 May 2013

Pemberian Taraf Berpencen

Apa itu Pemberian Taraf Berpencen? Ok, bagi pegawai kerajaan mereka berpeluang untuk memilih skim pencen atau KWSP dan bagi yang memilih skim pencen selepas 3 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam, kita boleh mengeluarkan duit KWSP kita. Macam saya sendiri saya memilih skim pencen. Saya masuk dalam perkhidmatan awam pada 04 Januari 2010 dengan lantikan pertama sebagai Akauntan W41 dan disahkan jawatan setahun kemudian pada 04 Januari 2011. Selepas disahkan pelantikan dan jawatan, saya layak memohon pemberian taraf berpencen. Keputusan pemberian taraf berpencen saya bermula pada 02 April 2013.
 
Selepas 2 hb April saya terus uruskan untuk pengeluaran duit KWSP. Duk kira-kira berapa la saya dapat ni kan. Sebelum kerja gov saya pernah kerja di private sector as Executive Business Development di Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. Lebih kurang setahun lebih. Jadi caruman saya dah ada sebelum kerja dengan Gov lagi. Jumlah yang kita akan dapat adalah caruman syer pekerja sahaja bagi kerja di kerajaan (syer majikan kena pulang balik pada kerajaan) dan semua termasuk caruman majikan dan pekerja bagi pekerjaan di swasta.
 
Mujur saya pernah bekerja di private sector dulu sebelum masuk kerajaan. Alhamdulillah rezeki saya dan anak-anak. Jumlah keseluruhan saya dapat sebanyak RM31,244.93. Cepat sgt pihak EPF ni buat kerja. xsampai seminggu saya dah dapat duit saya. Daripada jumlah ini 2.5% perlu dizakatkan berjumlah RM781.00. Pesan ummi saya..dapat duit EPF nanti jangan lupe bayar zakat. Baru hidup berkat dan rezki bertambah murah. InsyaAllah.
 

Kiraan melalui laman web PPZ -Pusat Pungutan Zakat
 

Ape saya buat dengan duit EPF ni ye? Ermm.. mula2 saya bayar hutang ummi saya dulu sebanyak RM5 ribu. Yela,.dulu pinjam duit mak masa kereta kena pecah n handbag kena curi. Ummi yang banyak menolong saya ketika susah. Tiba masa saya balas balik kan.. Separuh dari duit ni saya simpan dalam tabung haji dan ASB. RM5 ribu saya guna beli perabot (set meja makan, coffe table, rak buku, TV 32", aircond, water heater & carpet). RM2 ribu saya spent utk diri sendiri..SHOPPING la kan..yuhuu best giler..hahaha. dan balance dari duit ni saya berhajat nak buat majlis akikah dan sambutan hari lahir yang ke setahun untuk anak kembar saya. Saya harap hasrat saya ni dapat saya tunaikan. Sementara ada duit dan yang penting, duit hasil titik peluh sendiri bukan duit hutang or pinjam. Syukur Ya Allah.. kerana Allah sentiasa murahkan rezeki saya.  Di saat-saat saya kesusahan atau kesempitan Allah akan bantu.
 
 
So, lepas ni tunggu N3 pasal sambutan birthday my luvly daughter plak ye. InsyaAllah. ;)

Wednesday, 1 May 2013

Hak Penjagaan Kekal

30/04/2013 - Alhamdulillah.. Allah berpihak pada mereka yang benar dan teraniaya. Hak penjagaan anak kekal telah diberi kepada ibu dan hak lawatan kepada ayah 2 minggu sekali dalam sebulan. Sangat gembira dan bersyukur. Tak lama lagi anak-anak bonda akan pulang ke pangkuan bonda. Bonda xsabar nak peluk cium anak-anak bonda ni. Bonda terlalu rindu..sangat-sangat rindu. Tiada kata boleh digambarkan bagaimana kerinduan seorang ibu apabila dipisahkan dari anak-anaknya sendiri. Bonda berdoa suatu masa mereka akan sedar kesilapan mereka dan menerima pembalasan setimpal dengan perbuatan mereka. Biarlah Allah sahaja yang membalasnya.

Thursday, 25 April 2013

Wiwin Bergurau Senda


 Anak-anak bergurau senda @ 7 months old.. Comel dan buat bonda rasa rinduu sangat. Saayaangg anak bonda. Mmuahhh3x.. :)

Wednesday, 24 April 2013

Simcard Blocked

My simcard has been blocked by sumone yesterday. Pagi semalam masa sms to wish my wiwin dotter 11 months birthday tiba2 xboleh. Call Digi Helpline dimaklumkan, my simcard dah bertukar jadi prepaid dan digunakan oleh orang lain. Rasa nak marah dengan orang macamni. Kenapa la kita nak dengki pada orang. Tak boleh tengok orang lain senang. Mereka sentiasa ada agenda untuk menjatuhkan orang. Apa yang dia dapat bila buat macamni? Mungkin dia rasa gembira bila tengok saya susah. Suke bila saya sakit hati.. Sedih sangat. Malas nak layankan orang mcmni lagi. Enough is enough.. i'm so tired. gimme sum space pliz.. For the time being i used temporary hp no. Weekend nak cari new no yang cantik sket.. or else guna je no sementara ni. Tp tukar kepada line..

Susah nak cakap.. rambut sama hitam.. Hati lain-lain.. Orang yang jahat tu sekurang-kurangnya kita memang da nampak kejahatannya. Tp orang yg nampak baik ni lagi bahaya rupanye. Kita xtahu kejahatan dia yang sebenar. Kadang-kadang lebih jahat dari orang nampak jahat.. Entahla.. Waalahuallam.

U have to be strong Ummul..no crying..jgn tunjukkan kita lemah.  

Yes, no more tears.. I'm a big girl now..i'm a superwomen n i'm a wonderful mother.. Yes.. lets bygone be bygone.. Till then.. Assalamualaikum.